Isnin, 6 Mac 2017

Penyampaian pingat untuk atlet SK Ulu Segan yang mewakili Zon Kemena dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSR Bahagian Bintulu 2017

Tahniah diucapkan kepada adik Filexson, Diana, Patricia dan Davidson kerana telah mewakili Zon Kemena serta memenangi beberapa acara balapan dan padang dalam Kejohanan MSSR Bahagian Bintulu pada 1 Mac 2017 hingga 4 Mac 2017.

Adik Davidson dari Tahun 4 memenangi pingat Perak acara 100m L10TKB dan pingat gangsa bagi acara 4x100m kategori L10TKB.
Adik Diana dari Tahun 6 memenangi dua pingat Gangsa bagi acara 4x100m dan 4x200m bagi kategori umur P12TKB.
Adik Patricia dari Tahun 6 juga memenangi dua pingat Gangsa bagi acara 4x100m dan 4x200m bagi kategori P12TKB.
Adik Filexson Usit dari Tahun 6 telah memenangi empat pingat serta mencapai rekod baru kejohanan. Antara pingat dimenangi adalah Gangsa untuk acara Lompat Tinggi L12TKB , Perak bagi acara Lompat Jauh L12TKB serta dua Emas dalam acara 4x100m dan 4x200m kategori L12TKB di mana merupakan rekod baru kejohanan. TAHNIAH!
Atlet-atlet dari SK Ulu Segan yang mewakili Zon Kemena dan berjaya mencapai pencapaian yang sangat membanggakan. Tahniah kepada semua atlet!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan