Rabu, 15 Mac 2017

Pengurusan Stress

Program : Bengkel Dan Ceramah Pengurusan Psikologi Organisasi
Tarikh : 14/3/2017
Hari : Selasa
Masa : 2.00 - 5.00 pm
Tempat : Makmal Komputer
Penceramah : Dr. Hamidah binti Mahmud (Kaunselor Organisasi PPD Bintulu)
Anjuran : Pengurusan Organisasi Sekolah Dan Bimbingan dan Kaunseling

Ahad, 12 Mac 2017

Gotong-royong PIBG Siri 1

Tarikh : 10 Mac 2017
Masa : 8:00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Kawasan sekolah

Terima kasih kepada semua ibu bapa, guru, staf sekolah dan murid-murid yang terlibat dalam menjayakan gotong-royong sekolah.















Selasa, 7 Mac 2017

Sambutan Hari Lahir untuk murid, guru dan AKP sekolah

Selamat menyambut hari lahir untuk murid yang lahir pada bulan Febuari. Selamat hari lahir juga buat guru dan staf yang lahir pada bulan Januari dan Febuari.





Rawatan pergigian dari Pejabat Pergigian Bahagian Bintulu

Terima kasih diucapkan kepada rombongan jururawat dari Pejabat Pergigian Bahagian Bintulu kerana telah memberikan rawatan pergigian kepada murid-murid SK Ulu Segan. Jumpa lagi tahun depan.

 Murid-murid sedang menerima rawatan pergigian.

 Murid-murid Pra Sekolah sedang mendengar tunjuk cara daripada jururawat pergigian.

 Murid tahun 4 sedang memberus gigi mengikut cara yang ditunjukkan.

 Jururawat pergigian sedang menunjukkan cara-cara memberus gigi dengan betul.

Adik Alicia, Evelyn dan Patricia sedang memberus gigi.

Isnin, 6 Mac 2017

Penyampaian pingat untuk atlet SK Ulu Segan yang mewakili Zon Kemena dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSR Bahagian Bintulu 2017

Tahniah diucapkan kepada adik Filexson, Diana, Patricia dan Davidson kerana telah mewakili Zon Kemena serta memenangi beberapa acara balapan dan padang dalam Kejohanan MSSR Bahagian Bintulu pada 1 Mac 2017 hingga 4 Mac 2017.

Adik Davidson dari Tahun 4 memenangi pingat Perak acara 100m L10TKB dan pingat gangsa bagi acara 4x100m kategori L10TKB.
Adik Diana dari Tahun 6 memenangi dua pingat Gangsa bagi acara 4x100m dan 4x200m bagi kategori umur P12TKB.
Adik Patricia dari Tahun 6 juga memenangi dua pingat Gangsa bagi acara 4x100m dan 4x200m bagi kategori P12TKB.
Adik Filexson Usit dari Tahun 6 telah memenangi empat pingat serta mencapai rekod baru kejohanan. Antara pingat dimenangi adalah Gangsa untuk acara Lompat Tinggi L12TKB , Perak bagi acara Lompat Jauh L12TKB serta dua Emas dalam acara 4x100m dan 4x200m kategori L12TKB di mana merupakan rekod baru kejohanan. TAHNIAH!
Atlet-atlet dari SK Ulu Segan yang mewakili Zon Kemena dan berjaya mencapai pencapaian yang sangat membanggakan. Tahniah kepada semua atlet!