Khamis, 27 Disember 2012

Jadual 2013 ( Tanpa Guru X)


Oleh kerana guru baru belum melapor diri, maka jadual seperti yang dibawah ini akan digunapakai sehinggalah guru tersebut datang. 


Jumaat, 7 Disember 2012

Pembahagian Mata Pelajaran 2013


(Jika cikgu baru datang untuk melapor diri, maka jadual ini akan digunapakai)


Guru Kelas 2013
Tahun 1 - Cikgu Long
Tahun 2 - Cikgu Rosfindy
Tahun 3 - Cikgu Syuaib
Tahun 4 - Ustaz Nur Hakim
Tahun 5 - Cikgu Excena
Tahun 6 - Cikgu Welly

Mesyuarat Awal Tahun 2013

Setelah diperkenankan oleh Guru Besar, Mesyuarat Awal Tahun Sekolah sesi 2013 jatuh pada:

Tarikh : 1 Januari 2013
Hari : Selasa
Masa : 2:30pm
Tempat : Bilik Sains, SK Ulu Segan
Pakaian : Sopan
Aksesori : Laptop, Telefon, Tablet, Buku Nota, Pen, Pensel tekan

Isnin, 19 November 2012

Goodbye Cikgu Kasma, Goodbye Cikgu Niwlia, Goodbye Cikgu Flora

Awal tahun ini, kita dikejutkan dengan berita pertukaran Cikgu Kasma. (Dapat juga pindah akhirnya. Mesti pakai 'kabel' yang diimport khas dari German). Cikgu Norkasmaliza telah ditukarkan ke SK Telaga Papan, Setiu, Terengganu.



Sedihnya...

Gambar ramai-ramai. Walaupun tak semua yang ada, tapi cukuplah sebagai kenangan bersama.


Kepada cikgu-cikgu dan staf yang tidak berkesempatan bertemu dengan Cikgu Niwlia, di bawah ini ada gambar-gambar terakhir beliau di sekolah ini. Kalau tengok ada ayam KFC atas meja tu janganlah telan air liur. Ayam KFC tersebut ditaja khas oleh Niwlia Enterprise Sdn. Bhd. Pembeli Buku-Buku Pusat Sumber Terkemuka.

Cikgu Niwlia menahan air mata kesedihan apabila bergambar bersama-sama Guru Besar, Cikgu Helena, Fakhirah, Latiffah dan Mary.

Cikgu Niwlia akan menyambung tugasnya di SK St. John (M), Bau, Sarawak.

Penyerahan fail peribadi. (Siapa sebenarnya yang nak pindah ni?)


Pindah? Tak Pindah? Pindah? Tak Pindah? Akhirnya, pindah juga. Cikgu Flora meyambung perkhidmatannya di SK Abang Leman, Kabong. Cikgu Flora terkenal dengan semangat wajanya mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris serta mempunyai bakat dalam mengacara majlis, mengusik dan bergurau senda. (Haha). 

Penyerahan cenderamata kenang-kenangan dari SK Ulu Segan

Kenangan semasa sambutan Hari Guru peringkat sekolah

Terima kasih atas segala komitmen dan dedikasi serta bakti yang telah dicurahkan untuk sekolah ini. Pemergian dan kehilanganmu dirasai. Jasa dan pengorbananmu dihargai. Ada jodoh jumpa lagi.


Keputusan UPSR 2012




Tahniah kepada semua pelajar dan guru. Tahun depan kita NAIK lagi!!!