Isnin, 19 November 2012

Goodbye Cikgu Kasma, Goodbye Cikgu Niwlia, Goodbye Cikgu Flora

Awal tahun ini, kita dikejutkan dengan berita pertukaran Cikgu Kasma. (Dapat juga pindah akhirnya. Mesti pakai 'kabel' yang diimport khas dari German). Cikgu Norkasmaliza telah ditukarkan ke SK Telaga Papan, Setiu, Terengganu.



Sedihnya...

Gambar ramai-ramai. Walaupun tak semua yang ada, tapi cukuplah sebagai kenangan bersama.


Kepada cikgu-cikgu dan staf yang tidak berkesempatan bertemu dengan Cikgu Niwlia, di bawah ini ada gambar-gambar terakhir beliau di sekolah ini. Kalau tengok ada ayam KFC atas meja tu janganlah telan air liur. Ayam KFC tersebut ditaja khas oleh Niwlia Enterprise Sdn. Bhd. Pembeli Buku-Buku Pusat Sumber Terkemuka.

Cikgu Niwlia menahan air mata kesedihan apabila bergambar bersama-sama Guru Besar, Cikgu Helena, Fakhirah, Latiffah dan Mary.

Cikgu Niwlia akan menyambung tugasnya di SK St. John (M), Bau, Sarawak.

Penyerahan fail peribadi. (Siapa sebenarnya yang nak pindah ni?)


Pindah? Tak Pindah? Pindah? Tak Pindah? Akhirnya, pindah juga. Cikgu Flora meyambung perkhidmatannya di SK Abang Leman, Kabong. Cikgu Flora terkenal dengan semangat wajanya mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris serta mempunyai bakat dalam mengacara majlis, mengusik dan bergurau senda. (Haha). 

Penyerahan cenderamata kenang-kenangan dari SK Ulu Segan

Kenangan semasa sambutan Hari Guru peringkat sekolah

Terima kasih atas segala komitmen dan dedikasi serta bakti yang telah dicurahkan untuk sekolah ini. Pemergian dan kehilanganmu dirasai. Jasa dan pengorbananmu dihargai. Ada jodoh jumpa lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan